}

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 14, 2012

Persiapan untuk bernikah

Asslamualaikum...

malam ni aku nak share skit dengan korang sume pasal perkara2 yang wajib dilakukan sebelum akad nikah.

sekarang adalah bulan 11 ( 14Nov 2012), secara generalnya, tinggal 3bulan setengah lagi majlis akad nikah akan berlangsung. sebagai seorang bakal suami, anda haruslah menyediakan perkara2 seperti berikut :-

borang nikah
perancangan tempat tinggal
persiapan majlis
future plan
pembahagian bil
dan sebagainya

kita ambil yang wajib dulu la ye. nak kahwin mst ada SIJIL KURSUS KAHWIN. kalau xde tak boleh kawen. sijil kursus kahwin ni valid sampai bila2. tapi ingat! untuk yang pertama sahaja. klau nak yang kedua kene ambil lagi sekali! dah ade sijil boleh kawen x?

belum boleh lagi. yang kedua kena ada HIV TEST. yang ini penting untuuk memastikan pasangan anda suci lagi murni sebelum kahwin. pasangan juga dapat tahu status pasangan masing2. kalau ade HIV boleh kawen x? jawapannye boleh! cinta itu buta. sakit ape pun orang sanggup kawen. tujuan HIV test ni just nak bagitau pasangan kita sihat atau x. klau ade HIV pun boleh proceed. dengan syarat pasangan masing2 terima seadanya. untuk makluman HIV adalah virus yang melemahkan antibodi badan secara senyap. kita tak rasa sakit pun. tau2 badan lemah je. virus HIV ni la yang akan jadi penyakit AIDS. paham?? aku tau sebab aku dah buat HIV test dan lulus dengan cemerlang! alhamdulillah. btw, HIV test hanya valid selama 6bulan sahaja. kalau lebih kena ulang semula. nasihat dr aku, kalau boleh buat la kt klinik Govt. senang nak laku. pejabat agama hanya nak dari cop klinik kerajaan sahaja. nk buat kt klinik swasta boleh, tapi still kena minta cop dari Dr Klinik Kerajaan jugak. certain case, ade klinik govt yang xnak cop sijil HIV test dari klinik swasta. xpasal2 kene buat balik semula. kan dah susah. so, dah boleh kawen belum?

belum boleh lagi. yang ni step last. sila siapkan BORANG NIKAH LELAKI. 2 saksi borang dan jumpa kadi qariah anda. xde sain die xbley kawen tau. maka berbuat baiklah dengan beliau. ingat! xsemua kadi senang jumpa. maka buatlah appointment dengan die. xde la ke hulu ke hilir cari die xjumpe2. lagi2 dok jauh. xkan nak balik slalu. so, appointment itu penting. 

setelah borang nikah belah laki sudah siap dan complete, maka bolehlah diserahkan borang2 tersebut pada pihak perempuan. sekarang pihak perempuan pula akan melengkapkan BORANG NIKAH PEREMPUAN dengan selengkapnya. masa ni la nak book tarikh nikah dan waktunye. lepas zohor ke, asar, maghrib isyak. jangan subuh dah la. kesian tok kadi. selepas je borang siap, pengantin dah BOLEH KAHWIN!!!! YAHOOOOO!!!!

mudah bukan nak kahwin! orang kite je yang buat susah. nak itu la. ini la. majlis nk yang vogue. xmeletop xkawen. ye la.. kahwin sekali je seumur hidup. dunia dunia. bak kata pepatah melayu, "Biar mati anak, jangan mati adat". selamat berkahwin! 

p/s: nota untuk diri sendiri juga! ^_^

Tuesday, November 13, 2012

less then 4 month

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya dah bertunang dengan insan yang saya cintai, kasihi dan berjanji akan hidup bersama selagi jasad dikandung badan. InsyaAllah. 15 sept yang lalu saya dah bertunang dengan cik tunang saya. alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun lambat sampai skit sbb byk berhenti. maklumlah, ade anak kecil n bawa orang tua. banyak skit la karenahnye.

setelah dibincangkan, sebulat suara, insyaAllah kami akan di ijab kabulkan pada awal march tahun depan. kalau ikutkan tarikh hari ni dah kurang 4 bulan dah. n it keep moving forward. persiapan dah dimulakan. cume takat pada2 la dulu. nk all out tunggu 2 3 bln la. nnt awal sgt pulak.

masalah tetap masalah. itu lah, ini lah. sampai bile2 pun die akan datang pada kita. yg kita boleh buat hanya menanganinya sebaik mungkin. bab masalah ni, tarikh dah kurang dr 4 bulan. persiapan perkahwinan ade yang dah buat ade yang belum. soal exam aku yg akan menjelang tiba xlama lagi. dengan kunci rumah xdapat2 lagi dek owner rumah yang lembab, buat kan aku sedikit runsing.

KAHWIN+EXAM+RUMAH=MASALAH

tapi tu semua bukanlah penghalang untuk aku teruskan majlis ni. mcm aku cakap la. masalah tak boleh dihindari, sebaliknya ditangani sebaik mungkin agar ia bertukar ni`mat. insyaAllah.

papepun.. semua keputusan hendaklah dipersetujui oleh dua hati akan situasi win-win dapat dicapai. insyaAllah.

p/s: Sorry, picture is not allowed. TQ :)

Wednesday, September 5, 2012

Mengorak langkah

Bismillah hirrahman nirrahim....

Assalamualaikum semua..

lama rasanya xupdate blog ni. cam biase la. alasan bz bz dan bz. panjang critenye. huhu. alhamdulillah syukur aku kpd pencipta kerana beri aku peluang untuk aku kenal erti hidup sehingga hari ini. sepanjang aku x update blog ni, macam macam aku dah lalui. kputusan besar dan kecil. liku liku hidup haruus aku lalui dengan bantuanNya.

alhamdulillah, Allah telah beri ruang dan peluang untuk aku memiliki sebuah rumah. berkat doa ku mengharapkan keputusan akhirnya aku dah masuk fasa akhir untuk process pembelian rumah pertama ku. hidup ini perlukan sedikit pengorbanan. gagah untuk buat keputusan. sifat manusia, perlukan paksaan untuk merubah sesuatu. dengan izin Allah, insyaAllah segalanya mencukupi dengan syarat kite sentiasa bersyukur dengan pemberianNya. sakit memang sakit. tapi sakit itu akan dibantu Allah jika kite sentiasa bersyukur dgn ni`mat Allah. INGAT! percaya dan yakinlah dengan seyakin yakinya dengan pertolongan Allah SWT.

agak jauh juga dari office, tapi dapat rumah landed. lembah Kelang memang susah nak dapat rmh landed, thats y aku decide untuk proceed beli rumah tu. rumah pun kemas. free hold plak tu. cuma isi nye je la yg kene belanje besar skit. rmh xde isi kan. kene la isi klau nk tinggal. huhu. minta dipermudahkan untuk urusan yang lain2nya. Amin...

pengajian sesi May 2012 telah melabuhkan tirainya pada awal ramadhan lalu dan kini bermulalah pendaftaran sesi September 2012 pula. pendaftaran dan pembayaran telah dijelaskan dan kini menunggu kelas pertama yang dijangka akan memulakan sesi pembelajaran pada hujung september ini. sekali lagi pengorbanan harus ditempuhi untuk mengecapi kejayaan. bukan senang nak hidup senang. InsyaAllah dengan izinNya usaha aku dipermudahkan. amin...

Seperkara lagi. soal BERTUNANG. alhamdulillah. persiapan untuk bertunang sudah ke fasa akhir juga. barang2 sudah beli. prbincangan pra pertunangan sudah dibuat. tinggal hias dan beli skit2 lagi ape yang patut. insyaAllah jika diizinkan Allah SWT, rombongan akan bertandang ke rumah belah perempuan pada 15 Sept nanti. dalam 6 ke 7 krete saje dr sini. harap2 dipermudahkan segala urusan, rundingan, pergi dan balik dengan selamat dan yang paling penting, sebuah keputusan yang dipersetujui oleh ke dua2 belah pihak bagi merialisasikan kami ke jinjang pelamin insyaAllah. balik je dr sana, aku sudah punya tunang. eh, syahdu kejap :P

Sekian sahaja buat waktu ini. Segala langkah telah diatur dengan kemampuan diri. Bantuan Allah SWT ditagih bagi merialisasikan segala yang dirancang agar dapat di laksanakan dengan makbulNya. InsyaAllah, jika kita yakin dengan Allah, segalanya akan lebih mudah dan boleh membuat keputusan dengan betul. Allah itu MAHA kaya. berdoalah.. berdoalah... dan berdoalah padaNya segala yang dihajati. InsyaAllah, bantuanNya akan sampai. Allahhu akhbar.. Allahhu akhbar.. Allahhu akhbar.. :')

wassalam....


P/S : Rase tadi nak tulis panjang gile.. last2.. ini je yg klua.. huhu :)

Monday, July 2, 2012

Permata yang dicari..


Bismillahirahman nirrohim...

Assalamualaikum ...

Bersyukur kehadrat Ilahi dikurniakan sihat tubuh badan dan masih lagi boleh beribadat dengan sempurna. lame xupdate blog ni. situ bz sini bz, yg byk mengganggu kelangsungan penulisan aku adalah komitmen. 

belajar + pekerjaan + rakan2 + buah hati yang disayangi + keluarga tercinta = Komitmen 

komitmen yg aku harus dipenuhi secara sama rata. xmahu ade yg berkecil hati dan tersisih. hati semua orang kene jage kan. susah senang kite, mereka ni lah yang tolong. Alhamdulillah, aku dikurniakan persekitaran yg sgt comfortable dgn diri ni. ada family yang memahami, ada kawan yang membantu, ada insan yang dikasihi, ada majikan yang give n take. InsyaAllah, aku akn jage hubungan baik dgn mereka dan semua org. bile kite bantu orang, orang suke kt kite sekaligus kite dhormati. Aminn..

pelajaran aku masuk bulan terakhir semester 3. alhamdullah. sedang bertungkus lumus untuk siapkan assignment yg diberi. moga dibantu. satu demi satu sahabat terdekat tumbang di medan pembelajaran. mahu x mahu aku harus habiskan pembelajaran aku dengan segulung ijazah. minta dipermudahkan olehNya.InsyaAllah.

segala puji bagi Allah yang telah membantu aku untuk mengenali si dia dengan lebih dalam. ditakdirkan aku bertemu dengan kedua orang tua buah hati ku pada minggu lalu. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik dilindungi olehNya. tujuan aku adalah nak kenalkan diri pada keluarga si dia. alhamdulillah, dengan izinNya aku diterima oleh kedua orang tua si dia. 

masih terngiang lagi perkataan yang keluar dari mulut bakal bapa mertua. "pak cik xkisah dengan semua perkara, kecuali dua perkata, tidak tinggal solat dan hormat orang tua" insyaAllah, sy akan tunaikan tanggungjawab sy sebagai suami yang bertanggungjawab keatas isterinya. InsyaAllah.

dengan berwakilkan diri sendiri, aku sampaikan hasrat keluarga untuk merisik si dia untuk diri ku. sekali lagi dipermudahkan olehNya. tarikh sudah ditetapkan untuk perjumpaan kedua orang tua aku dengan kedua orang tua si dia. segala urusan akan diatur kelak. langkah demi langkah akan kami harungi bersama. InsyaAllah. jika jodoh kita kuat, kita akan disatukan. Amin ya Robbal Alamin ....

Permata yang dicari telah kutemui...
   

  

Wednesday, March 28, 2012

Sekilas...

Assalamulaikum.....

Lame xupdate. sbln lbih la jgk. bz punye pasal. kdg aku sndiri xfaham ape yg aku bz kan. dating, student life, kawan2, buatkan aku bz. blk kg pun dah 2mggu sekali. xmcm dulu, setiap minggu blk kg. bile ade class, hr tu la aku dating. byk duit klua. tp xkisah lah kan. utk bakal isteri juge. hehe.

kdg2 aku fikir, aku dh byk sgt berubah sejak ada die dlm hidup aku. kalau dulu setiap sudut aku dgn kawan2, house mate. tp skrg aku sgt kurang dgn dieorg. aku takut dieorg anggap aku dah berubah. dulu aku slalu ckp org yg sedang bercouple mcm tu. tp skrg, aku sndiri buat bnde ape yg dieorg buat. klau xjmpe seminggu xboleh. ehmm. lumrah org bercinta kot. sendiri ckp org, sndiri kene blk. hehe.

klau dulu masa2 lapang aku, aku penuhi dgn keinginan kawan2. tgk wayang, p sane, p situ. tp skrg x lagi. kawan di ketepikan. entah. kdg terase jugak aku ni mcm dah sgt berubah. tp, aku akan berusaha utk bersama mereka juga. 2 2 hati kene jaga. hrp dieorg pun ok. takut kehilangan kawan. tanpa dieorg, sape la aku kt KL ni. hrp2, dieorg faham dgn situasi aku skrg.

Si Dia. Alhamdulillah. makin kenal antara satu sama lain. harap2 smpi la kejinjang pelamin. insyaAllah :)

rindu sgt bile jauh dr die. kdg kire2, baru 3 hr xjmpe. tp rase rindu tu meluap2 nk jmpe. huhu. ok, stop cite psl cinta. hehe

masa depan semakin menampakkan laluannya. hala tuju sudah ada, cuma belum di fitrahkan je lagi. insyaAllah, akan diatur dengan penuh teliti lagi. amin :)

belajar pun Alhamdulillah juga. berkat bantuan kawan2 seperjuangan, aku sudah masuk minggu terakhir utk kelas dan 2 minggu lagi akan menghadapi final utk sem 2. oh! baru sem 2 kan. byk lagi sem yg perlu di lalui. InsyaAllah, dgn berkat usaha aku, dan doa rg tersayang, aku akan cuba untuk blajar dan terus belajar sampai mendapat segulung ijazah. InsyaAllah.

hari2 ku berlalu agak bz sejak kebelakangan ini. biarkan masa yg menentukan hala tuju lepas ni.

Ya Allah, bantulah aku untuk membuat keputusan.Amin.............

Saturday, February 11, 2012

Jalan kehadapan toleh kebelakang







Assalamualaikum..

bile sebut masa depan je, terkenanglah 3 perkara tu. ehmm, ape boleh buat. mase makin cemburukan kite. semakin kite leka, semakin jauh kita ditinggalkan. blaja 2nd semester. ade lagi lebih dr sepuluh. mungkin. oh! lame. penantian satu penyeksaan bukan. sakit bile difikirkan. byk lagi yg nk kene tempuh. ranjau yg xtahu ape kesudahannye. oh!

tahun ni dah 24, kejap je kan. rase baru semalam aku bermain2 dgn rakan. perjalanan semakin lama semakin mencabar. nk xnk, masa tetap akan membawa kita kehadapan. tiada istilah undur masa. teleporter juga mustahil utk dicipta. rekaan semata. Allah itu maha adil. what you give, you get back. hanya mampu toleh kebelakang tanpa mampu mengubah. itu pasti.

sudah kehilangan satu demi satu sahabat karib. dikala diri masih sunyi menanti jawapan yg belum pasti. yang berkahwin teruskan agenda membina keluarga bahagia. sedang aku menanti2 tanpa teman. oh sahabat, mana engkau. aku sunyi tiada berteman. sebak dihati bile kenangkan. tiada lagi sabahat utk gelak ketawa, gurau senda. kebahagiaan mereka menarik kemesraan kite. Ya Allah, temankanlah aku dikala sunyi. teringat aku kenangan lalu. kami main, gurau, jln bersama. byk kenangan yg kami lalui. tapi kini. ni`mat sahabat semakin lama semakin ditarik satu demi satu. Aku redha dengan ketentuanNya. Sahabat, damailah engkau dengan keluarga mu kelak. kukuhkan institusi. jadikanlah perkahwinan satu gerbang mencari sebahagian lagi tuntutan. kini aku tiada lagi teman untuk mengadu nasib. oh! aku sunyi :'(

terus mengorak langkah demi langkah. menempuh hari2 yg dtg. apakah ujian yg akan aku terima? itu rahsia Allah. aku hanya mampu bersedia. Jodoh pertemuan ditangan Allah, Qada dan Kadar ketentuan Allah. hanya mampu pasrah jika itu jalan terbaik untukku.  Ya Allah, siapkanlah diri ku utk menempuhi masa2 mendatang. Kuatkanlah hatiku dengan ketentuanMu. semoga aku tabah dengan apa jua takdir yang kau telah tetapkan. 

mase akan kehadapan. kenangan akan ditinggalkan. gunakan masa sebaik mungkin agar kenangan yg ditinggalkan akn memberi seribu erti di masa akan datang. InsyaAllah

Friday, February 10, 2012

Teguran... salahkah?

Assalamualaikum ...

sebenarnye, mlm ni sy nk cerite skit pasal teguran. baru2 ni sy ade tegur seorg kawan ni. die xbuat salah pe pun. semue ni sbb post sy bertajuk "andartu atau bermadu" dgn xsemena2 sy kene dgn sorg kakak ni. aduh, spoil btul la. sy tegur la die blk. then sy kene lagi. bley la plak die ckp sy baru nk bercouple blum lagi kahwin. xlayak nk ckp bnde ni.

dlm hati aku, kenape la die ni memperkecil2kan aku. aku xcukup matang ke nk bagi nasihat? die tu dah matang sgt ke? nak bagi nasihat pun salahkan. ehmm, zaman sekarang. xtau la nk ckp ape lagi kan. akhir zaman. nasihat menasihati dah x lut dah. xpe la. sekurang2nye aku dah tegur persepsi die. dlm islam ade menyebut, "katakanlah benar walaupun pahit" sy akn cube la btulkan mane yg xbetul lagi tu. igt, selemah2 iman adalah menegur dlm hati.

sebenarnye aku mmg suke tegur mane2 statement yg bagi aku kurang elok dan kurang sedap didengar .. korang nk tau ape yg aku sound 1 page ni? agak kasar cara aku tegur, tapi nk xnk hati ni tetap nk tegur jugak. rase ade yg xkene je. selagi mampu tegur aku tegur la. terpulang la org2 di luar sane yg nk nilai aku ni mcm mane. 

jom layan pages yg aku tegur ni. hehehe 






bagi korang, patut x aku tegur pages ni? huhu

ok la. tu je stakat ni. lain kali jmpe lagi. bye2 :)

P/S: katakanlah benar walaupun pahit

Wednesday, February 1, 2012

Febuari datang lagi :P


Assalamualaikum...

lame xmenuliskan. sebenarnye slalu je buka blog ni, dan dah tekan "new post" dah. tapi bile buke baru nk fikir tulis ape, mmg xtulis la jwbnye kan. huhu. ape bley buat. time tu xterlintas ape. kt FB sebok org cite pasal bulan februari, termasuklah aku. so that, pd petang yg indah ni, aku nk tulis pasal Februari. huhu

Februari,
kau lah inspirasiku..
kau lah pujaan ku...

ENOUGH!!

Dalam kalendar masihi, febuari adalah kalender kelahiranku.

langkah pertama, buka kalendar dlm phone
langkah kedua, select 21februari 2012,
langkah tiga, select "add reminder"
langkah empat tulis "birthday Zul"
langkah lima "save"
mudah bukan jika anda ingin jadi jutawan!

btw, best ke lahir awal ni?
ade org ckp xbest sgt. sbb awl2 tahun kan. mase tu bday ni masih suam2 lagi la. yg hot pun sbb FB yg igtkan. sbnrnye, sy xsuke FB yg igtkan. biarlah bday org yg kite syg ni kite yg igt sndiri dlm memory kite. sy suke wish bday awl. sejam sebelum bday. sbb dr situ kite tau bkn BF yg igtkan kite. kan3! huhu

btw, hari lahir sy same dgn sepupu sy. yg sy penah cite kt entri lepas. 2 tahun xsambut same. die di oversea. hrp2 next year ade mase lagi la.. kot la. mase bdk ok la. next year xtau status masing2 pe kn. huhu

OKEH! tu  je yg best bln Febuari ni.. huhu.. bye2!


Friday, January 27, 2012

Andartu atau Bermadu

Assalamualaikum..

baru je lepas habis tgk semanis kurma tv9, tajuk die aku xtau. yg penting, pasal "Andartu atau Bermadu". 2 3 minggu ni mmg aku fikirkan psl bnde ni. sbb kt office aku rmi je kakak2 yg xkahwin lagi. boyfriend pun xde. cmne la nasib bdk2 yg cmni kan. adakah ia faktor kerjaya? sosial life? atau ade sebab lain.

kadang lelaki pun takut gak dengan perempuan yg bekerjaya ni. dr segi kewangan dan faktor queen control. so far 2 tu je la yg paling ditakuti. klau laki rendah dr isteri, kemungkinan akan ade isu ungkit mengungkit berlaku. sbb perempuan ade degree, gaji besar, laki plak sijil/diploma je. gaji pun skit. nnt mule la ckp makan hasil bini. tu yg kdg bley terjadinya situasi queen control dan mindset belah isteri. mungkin mule2 xde la isu sgt. biasenye dah 3 4 tahun hidup same, cmtu la jadinye. (eh? lari tajuk la plak)

berbalik pada tajuk asal, samada Andartu atau Bermadu ade pro dan kontra nya. klau Andartu ni hidup sorg2, sunyi je rase, xde anak dan xde suami utk dijaga. lain pula bagi bermadu. senang cite kite jadi isteri no 2 lah ye. klau 2 2 pasangan redha, Alhamdulillah la. tp klau kawin jgk tp bergaduh xgune jugak.

separuh dr pahala yg kite dapat ni, datang dari hasil perkahwinan. jaga suami itu pahala, jaga anak2 itu pahala, jaga nafkah isteri dan keluarga itu pahala dan byk lagi pahala jika dibandingkan dengan hidup secara solo. tiada pahala hasil dr perkahwinan.

bermadu itu perit. tapi, kenapa tidak untuk mengejar pahala yang separuh lagi. btw, lelaki yg nk bermadu pun kene pilih jugak. xde la yg kokak2 pnye org. dr pndangan mata kasarnya, die mampu beristeri lebih dr satu dan berkemapuan untuk menanggungnya. salleh yaacob kawin rmi sbb mampu. dan bini2 die sume boleh hidup berdikari tanpa die di sisi. jadi isteri ni senang pada syaratnye, selagi ikut ckp suami yg elok2, selagitu la die selamat. Isteri ditugaskan untuk menjaga suami. lain2 xwajib,seperti masak, basuh, etc. senangkan. semua tu terletak pd keredhaan Allah. si suami pun kene la fair klau nk beristeri lebih dari satu. pandai ambil hati suami.

pernah diceritakan dalam kisah Rasulullah SAW, setiap isteri2 beliau diberikan sebentuk cincin oleh baginda secara senyap2 tanpa diketahui oleh salah satu dr madu2nya. diberitahu oleh Rasulullah, saya paling sayang pd isteri sy yg sy berikan cincin. nescaya semua isteri Rasulullah tersenyum sendirian.

ha, kan fair tu. jadikanlah Rasulullah sebagai icon kita jika kita hendak bermadu dan berkemampuan. 

ok. kesimpulannya, buatlah pilihan yang tepat samada bermadu atau Andartu. Ingat! setiap pilihan yang Allah beri pada kita, ada hikmah tersendiri. InsyaAllah.

P/S : saya xnak bermadu dengan sape2 :P




Wednesday, January 25, 2012

Walimatul Urus.....

Assalamualaikum...

hari ni nak cite pasal kawin. rase mcm best plak nk cite pasal kawin ni. hehehe

ok, kawan saye ramai yang nak kahwin dlm tahun ni. huhu. papepun tahniah la kat dieorg. tahun last dieorg membujang. huhu. no more lepaking, no more gossip2, n no more meeting. sebenarnnye, secara mindset nye, apabila seseorang tu dah kahwin, automatiknya, segala aktiviti yg melibatkan kawan2 akan disekat/ dikawal oleh suami/isteri masing2. kan3. so, pasni xbley la nk jmpe kawan2 ni secara berkumpulan. dah ade laki/bini kan. huhu. harap2 persahabatan akan akrab sampai bile2.

kalaulah bini saye nak jmpe kawan2 die, saye rase sy xboleh nak larang. tp jgn kerap sgt dah la. sesekali sebab lame xjumpe. nk bergossip tentang itu dan ini, sipolan dan sipolan, sejarah silap dan mcm2 lagi. nk klua jmpe kawan boleh, tp bersyarat. syaratnye senang je. dgr ckp suami :P

klau saye nak jmpe kawan2 plak. sy harap bini saya nanti akan bagi sy klua :P sy just nk jmpe. tapi, bini tetap dihati. ewah! :P sungguh ni. kawan2 kite pernah terlibat dlm sejarah hidup kite. rasenye xsalah klau nk gather blk. imbas kembali kenangan lame :P sebagai seorang suami, harap2 sy bkn jenis mengongkong. semua tu terletak pd syarat yg sy bagi. klau ikut insyaAllah sy boleh je bagi pelepasan :P

btw, aku cite mcm dah nk kawen kan. hahaha. ok! berbalik pada cerita asal.

last sunday, aku jmpe dgn kawan2 yg nak kawen ni. dieorg kate bile lagi nk jmpe. hehe. layankan je la. yg dtg irman, akmal, aku, zira, siti n yati je. mmg jmpe nk borak2 je. sambil bagi kad kahwin. zira pnye.

OK, Zira 5 feb, Irman March, Siti hujung May, Yati Awal Jun ..... Fifi kwn poli minggu ni. 28. huhu. kene pegi sume ni. wajib! semua rapat dgn aku. hadiah kene gagahkan la jgk. hehe. dah kene menyimpan utk hadiah. hehe. sume tu yg aku tau. yg aku xtau ramai lagi rasenye tahun ni. huhu. harap2 diberi kesempatan la smpi rumah korang2 ea :)

aku kawen? lame lagi kot. xtau bile. huhu.

okeh! bye2!


Sunday, January 15, 2012

awal 2012

Assalamualaikum ...

lame xmenuliskan. maklumlah, dah bz skrg dgn buah hati. hehehe.

ok, xnk cite psal tu. kite cite lain ye.

ramai nye org nak kawin bln 2 ni kan. huhu. my bestfriend pun nk kawin bln 2 gak. huhu. ape nk bagi ea. dh la duit xbrape nk ade. huhu. bestfriend yg lain pun bln 5 6 gak. huhu .. xpe la. dah rezeki masing2 kan. rezeki Allah yg bagi. klau ade rezeki ade la. jodoh pertemuan dah ditentukan di luh mahfuz lagi. itu rahsia Allah.

kerja 2012 ni semakin mencabar. boss pun dah bagi kerja2 yg dilakukan oleh exec2 aku. harap2 aku boleh buat yg terbaik tahun ni. boss pun boleh la recommend aku kt boss atas2. hehe. InsyaAllah.

ok, tempahan baju Panthera Team Malaysia semakin menggalakkan. Alhamdulillah rmi yg beli. aku cume tolong kt kawan2 yg betul2 berminat nk dptkan baju ni je. sbb dieorg nk beli, tp xtau mane nk cari. ok, sesape yg bace nk klau nk order boleh la. PM ea kt FB ..

ok la. nk cite tu je la. bye2. Assalamualaikum..

Monday, January 9, 2012

Hot!!

Assalamualaikum ...

ok, sy hot kt office. xpecaye... cube tnye stalker2 ofis saye ni ha.. kan3 ...

sume org panggil sy .. hahaha

ye la kan, adik bongsu, mst la sume org syg kan.. :P

yg penting sy hottttttt!!! hahaha ..

ok, sekian :P

Thursday, January 5, 2012

Sekolah dan memori nya ...

Assalamualaikum ...


Tetibe je hari ni nk cite psl skola. mst best kan. wlupun aku dh lame sgt tggalkan zaman persekolahan, tapi memory mase skola masih terpahat dlm hati. sgt sweet ok zaman skola aku. hehehe

ok, aku nk cite zaman sekolah rendah :P

cm biase la, sekolah kebangsaan dan sekolah agama. kebangsaan pagi n sekolah agama belah petang. sekolah pagi byk memory yg aku tggalkan, dari darjah 1 sampai la darjah 6. sekolah kebangsaan xprnah xde jawatan, sume darjah ade. hehe. darjah 1 n 2 jadi ketua kelas. yg best nye, dgn ketua kelas skali kene tarik telinga. hehehe. ok, darjah 3 hingga 6 aku jadi pengawas. huhu. yg best nye, pukul budak2. hahaha. yg xbestnye, kene buli dgn bdk2 :'(. siap main lari2 lagi. huhu. ape bley buat, jaga kelas hujungkan. kan best klau jage class awal. mmg main kuiz je la. cemburunye!

setiap mggu naikkan bendera. yg cuak bile kene bace doa kt perhimpunan. huhu. mghitung hari je la. hehe. tapi best la jgk. byk bnde boleh belajar. yg paling aku nk tau skrg ni, ade x bilik pengawas. guru ade bilik guru. mase aku dulu cikgu nk adakan bilik pengawas. tp skrg ni xtau la dah wujud ke belum bilik pengawas tu. huhu

skola agama mmg aku xbrape nk disiplin. keje asyk nk main je. abis slua skola aku, koyak sane sini. hehe. dr penjuru sane ke penjuru sini main nyorok2. dari timur ke barat aku main keja2. dari ground floor smpi 3rd floor aku main lari2. huhu. mmg seronok bile di kenang. huhu

naik je skola menengah, bdk class arab. pakai songkok la. alim tau time tu. xde jambul2. gune jari pun boleh. hehe. smpi la f3. masuk f4 dah xalim sgt dah. mule simpan jambul. hehe. tp tme tu jd ketue class. hehe. p sane n p sini. cm biase, bace doa di perimpunan.

F5 cikgu suruh jadi pengawas tapi aku xnk. mcm2 alasan aku bagi supaye xjadi pngawas. last2 bley palk cikgu tu sindir aku kt perhimpunan. xsebut name, tp dh mmg aku sorg je yg cikgu lantik jd pengawas tp xnk. ehmmm, sabo je la.

sgt seronok bile difikirkan blk memory2 tu kan. tapi semue tu dah berlalu. huhu. blaja dah abis dah. skit je lagi.. tggal nk kawen je. rase kejap je kan. :)




ok la. penat la nk bebel. post ni pun dh lme pending. hehe. bye2!


Monday, January 2, 2012

Welcome 2012

Assalamualaikum....

1 January 2012, bermulalah lembaran baru dalam hidup kita semua. mula menghitung hari demi hari yang akan kita lalui. naskah lama dibukukan dan terpahat dlm sejarah hidup. memikirkan jalan cerita yang akan dilakar pada tahun ini.

kesilapan perlu dielak, persediaan mesti dibuat, perancangan harus diatur rapi agar jalan cerita yang bakal dibina membuah kan hasil yg meyakinkan semua pihak.

sebut pasal azam, mcm biase la. tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya. bila berazam, jgn ambil mudah. jadikan azam suatu tekad yg harus dikejar. mencari matlamat untuk dicapai dan dipersembahkan pada dunia sebagai bukti kejayaan kita.

usah ragu usah khuatir dgn ketentuan illahi. semua yg berlaku ada hikmahnya. tumbang sekali xbermakna kita tidak boleh bangkit. orang yang kalah adalah orang yang menyerah kalah sebelum mencuba.

jodoh pertemuan ditangan tuhan. sekuat mana cinta kite, sehebat mana kite rancang, selame mane kite tunggu, sejujur mana perhubungan kite, tapi kalau Allah kata itu bukan jodoh kite, kite xkn bersama si dia. maka, berdoalah kepada Allah supaya ditunjukkan jodoh yang sesuai dan diredhaiNya.

semoga dipermudahkan segala rencana yang bakal diatur untuk tahun ini. jgn alpa dan lena dibuai rencana. sulamilah ia dengan keredhaan Allah yg maha esa. kelak akan bahagia. InsyaAllah... Amin





Linkwithin