}

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 5, 2012

Mengorak langkah

Bismillah hirrahman nirrahim....

Assalamualaikum semua..

lama rasanya xupdate blog ni. cam biase la. alasan bz bz dan bz. panjang critenye. huhu. alhamdulillah syukur aku kpd pencipta kerana beri aku peluang untuk aku kenal erti hidup sehingga hari ini. sepanjang aku x update blog ni, macam macam aku dah lalui. kputusan besar dan kecil. liku liku hidup haruus aku lalui dengan bantuanNya.

alhamdulillah, Allah telah beri ruang dan peluang untuk aku memiliki sebuah rumah. berkat doa ku mengharapkan keputusan akhirnya aku dah masuk fasa akhir untuk process pembelian rumah pertama ku. hidup ini perlukan sedikit pengorbanan. gagah untuk buat keputusan. sifat manusia, perlukan paksaan untuk merubah sesuatu. dengan izin Allah, insyaAllah segalanya mencukupi dengan syarat kite sentiasa bersyukur dengan pemberianNya. sakit memang sakit. tapi sakit itu akan dibantu Allah jika kite sentiasa bersyukur dgn ni`mat Allah. INGAT! percaya dan yakinlah dengan seyakin yakinya dengan pertolongan Allah SWT.

agak jauh juga dari office, tapi dapat rumah landed. lembah Kelang memang susah nak dapat rmh landed, thats y aku decide untuk proceed beli rumah tu. rumah pun kemas. free hold plak tu. cuma isi nye je la yg kene belanje besar skit. rmh xde isi kan. kene la isi klau nk tinggal. huhu. minta dipermudahkan untuk urusan yang lain2nya. Amin...

pengajian sesi May 2012 telah melabuhkan tirainya pada awal ramadhan lalu dan kini bermulalah pendaftaran sesi September 2012 pula. pendaftaran dan pembayaran telah dijelaskan dan kini menunggu kelas pertama yang dijangka akan memulakan sesi pembelajaran pada hujung september ini. sekali lagi pengorbanan harus ditempuhi untuk mengecapi kejayaan. bukan senang nak hidup senang. InsyaAllah dengan izinNya usaha aku dipermudahkan. amin...

Seperkara lagi. soal BERTUNANG. alhamdulillah. persiapan untuk bertunang sudah ke fasa akhir juga. barang2 sudah beli. prbincangan pra pertunangan sudah dibuat. tinggal hias dan beli skit2 lagi ape yang patut. insyaAllah jika diizinkan Allah SWT, rombongan akan bertandang ke rumah belah perempuan pada 15 Sept nanti. dalam 6 ke 7 krete saje dr sini. harap2 dipermudahkan segala urusan, rundingan, pergi dan balik dengan selamat dan yang paling penting, sebuah keputusan yang dipersetujui oleh ke dua2 belah pihak bagi merialisasikan kami ke jinjang pelamin insyaAllah. balik je dr sana, aku sudah punya tunang. eh, syahdu kejap :P

Sekian sahaja buat waktu ini. Segala langkah telah diatur dengan kemampuan diri. Bantuan Allah SWT ditagih bagi merialisasikan segala yang dirancang agar dapat di laksanakan dengan makbulNya. InsyaAllah, jika kita yakin dengan Allah, segalanya akan lebih mudah dan boleh membuat keputusan dengan betul. Allah itu MAHA kaya. berdoalah.. berdoalah... dan berdoalah padaNya segala yang dihajati. InsyaAllah, bantuanNya akan sampai. Allahhu akhbar.. Allahhu akhbar.. Allahhu akhbar.. :')

wassalam....


P/S : Rase tadi nak tulis panjang gile.. last2.. ini je yg klua.. huhu :)

2 comments:

mimi adimzam said...

tahniah dah nak tunang!!

ZoOLhEaLmE said...

awak pun same .. tahniah tau :-*

Linkwithin