}

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 14, 2012

Persiapan untuk bernikah

Asslamualaikum...

malam ni aku nak share skit dengan korang sume pasal perkara2 yang wajib dilakukan sebelum akad nikah.

sekarang adalah bulan 11 ( 14Nov 2012), secara generalnya, tinggal 3bulan setengah lagi majlis akad nikah akan berlangsung. sebagai seorang bakal suami, anda haruslah menyediakan perkara2 seperti berikut :-

borang nikah
perancangan tempat tinggal
persiapan majlis
future plan
pembahagian bil
dan sebagainya

kita ambil yang wajib dulu la ye. nak kahwin mst ada SIJIL KURSUS KAHWIN. kalau xde tak boleh kawen. sijil kursus kahwin ni valid sampai bila2. tapi ingat! untuk yang pertama sahaja. klau nak yang kedua kene ambil lagi sekali! dah ade sijil boleh kawen x?

belum boleh lagi. yang kedua kena ada HIV TEST. yang ini penting untuuk memastikan pasangan anda suci lagi murni sebelum kahwin. pasangan juga dapat tahu status pasangan masing2. kalau ade HIV boleh kawen x? jawapannye boleh! cinta itu buta. sakit ape pun orang sanggup kawen. tujuan HIV test ni just nak bagitau pasangan kita sihat atau x. klau ade HIV pun boleh proceed. dengan syarat pasangan masing2 terima seadanya. untuk makluman HIV adalah virus yang melemahkan antibodi badan secara senyap. kita tak rasa sakit pun. tau2 badan lemah je. virus HIV ni la yang akan jadi penyakit AIDS. paham?? aku tau sebab aku dah buat HIV test dan lulus dengan cemerlang! alhamdulillah. btw, HIV test hanya valid selama 6bulan sahaja. kalau lebih kena ulang semula. nasihat dr aku, kalau boleh buat la kt klinik Govt. senang nak laku. pejabat agama hanya nak dari cop klinik kerajaan sahaja. nk buat kt klinik swasta boleh, tapi still kena minta cop dari Dr Klinik Kerajaan jugak. certain case, ade klinik govt yang xnak cop sijil HIV test dari klinik swasta. xpasal2 kene buat balik semula. kan dah susah. so, dah boleh kawen belum?

belum boleh lagi. yang ni step last. sila siapkan BORANG NIKAH LELAKI. 2 saksi borang dan jumpa kadi qariah anda. xde sain die xbley kawen tau. maka berbuat baiklah dengan beliau. ingat! xsemua kadi senang jumpa. maka buatlah appointment dengan die. xde la ke hulu ke hilir cari die xjumpe2. lagi2 dok jauh. xkan nak balik slalu. so, appointment itu penting. 

setelah borang nikah belah laki sudah siap dan complete, maka bolehlah diserahkan borang2 tersebut pada pihak perempuan. sekarang pihak perempuan pula akan melengkapkan BORANG NIKAH PEREMPUAN dengan selengkapnya. masa ni la nak book tarikh nikah dan waktunye. lepas zohor ke, asar, maghrib isyak. jangan subuh dah la. kesian tok kadi. selepas je borang siap, pengantin dah BOLEH KAHWIN!!!! YAHOOOOO!!!!

mudah bukan nak kahwin! orang kite je yang buat susah. nak itu la. ini la. majlis nk yang vogue. xmeletop xkawen. ye la.. kahwin sekali je seumur hidup. dunia dunia. bak kata pepatah melayu, "Biar mati anak, jangan mati adat". selamat berkahwin! 

p/s: nota untuk diri sendiri juga! ^_^

Tuesday, November 13, 2012

less then 4 month

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya dah bertunang dengan insan yang saya cintai, kasihi dan berjanji akan hidup bersama selagi jasad dikandung badan. InsyaAllah. 15 sept yang lalu saya dah bertunang dengan cik tunang saya. alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun lambat sampai skit sbb byk berhenti. maklumlah, ade anak kecil n bawa orang tua. banyak skit la karenahnye.

setelah dibincangkan, sebulat suara, insyaAllah kami akan di ijab kabulkan pada awal march tahun depan. kalau ikutkan tarikh hari ni dah kurang 4 bulan dah. n it keep moving forward. persiapan dah dimulakan. cume takat pada2 la dulu. nk all out tunggu 2 3 bln la. nnt awal sgt pulak.

masalah tetap masalah. itu lah, ini lah. sampai bile2 pun die akan datang pada kita. yg kita boleh buat hanya menanganinya sebaik mungkin. bab masalah ni, tarikh dah kurang dr 4 bulan. persiapan perkahwinan ade yang dah buat ade yang belum. soal exam aku yg akan menjelang tiba xlama lagi. dengan kunci rumah xdapat2 lagi dek owner rumah yang lembab, buat kan aku sedikit runsing.

KAHWIN+EXAM+RUMAH=MASALAH

tapi tu semua bukanlah penghalang untuk aku teruskan majlis ni. mcm aku cakap la. masalah tak boleh dihindari, sebaliknya ditangani sebaik mungkin agar ia bertukar ni`mat. insyaAllah.

papepun.. semua keputusan hendaklah dipersetujui oleh dua hati akan situasi win-win dapat dicapai. insyaAllah.

p/s: Sorry, picture is not allowed. TQ :)

Wednesday, September 5, 2012

Mengorak langkah

Bismillah hirrahman nirrahim....

Assalamualaikum semua..

lama rasanya xupdate blog ni. cam biase la. alasan bz bz dan bz. panjang critenye. huhu. alhamdulillah syukur aku kpd pencipta kerana beri aku peluang untuk aku kenal erti hidup sehingga hari ini. sepanjang aku x update blog ni, macam macam aku dah lalui. kputusan besar dan kecil. liku liku hidup haruus aku lalui dengan bantuanNya.

alhamdulillah, Allah telah beri ruang dan peluang untuk aku memiliki sebuah rumah. berkat doa ku mengharapkan keputusan akhirnya aku dah masuk fasa akhir untuk process pembelian rumah pertama ku. hidup ini perlukan sedikit pengorbanan. gagah untuk buat keputusan. sifat manusia, perlukan paksaan untuk merubah sesuatu. dengan izin Allah, insyaAllah segalanya mencukupi dengan syarat kite sentiasa bersyukur dengan pemberianNya. sakit memang sakit. tapi sakit itu akan dibantu Allah jika kite sentiasa bersyukur dgn ni`mat Allah. INGAT! percaya dan yakinlah dengan seyakin yakinya dengan pertolongan Allah SWT.

agak jauh juga dari office, tapi dapat rumah landed. lembah Kelang memang susah nak dapat rmh landed, thats y aku decide untuk proceed beli rumah tu. rumah pun kemas. free hold plak tu. cuma isi nye je la yg kene belanje besar skit. rmh xde isi kan. kene la isi klau nk tinggal. huhu. minta dipermudahkan untuk urusan yang lain2nya. Amin...

pengajian sesi May 2012 telah melabuhkan tirainya pada awal ramadhan lalu dan kini bermulalah pendaftaran sesi September 2012 pula. pendaftaran dan pembayaran telah dijelaskan dan kini menunggu kelas pertama yang dijangka akan memulakan sesi pembelajaran pada hujung september ini. sekali lagi pengorbanan harus ditempuhi untuk mengecapi kejayaan. bukan senang nak hidup senang. InsyaAllah dengan izinNya usaha aku dipermudahkan. amin...

Seperkara lagi. soal BERTUNANG. alhamdulillah. persiapan untuk bertunang sudah ke fasa akhir juga. barang2 sudah beli. prbincangan pra pertunangan sudah dibuat. tinggal hias dan beli skit2 lagi ape yang patut. insyaAllah jika diizinkan Allah SWT, rombongan akan bertandang ke rumah belah perempuan pada 15 Sept nanti. dalam 6 ke 7 krete saje dr sini. harap2 dipermudahkan segala urusan, rundingan, pergi dan balik dengan selamat dan yang paling penting, sebuah keputusan yang dipersetujui oleh ke dua2 belah pihak bagi merialisasikan kami ke jinjang pelamin insyaAllah. balik je dr sana, aku sudah punya tunang. eh, syahdu kejap :P

Sekian sahaja buat waktu ini. Segala langkah telah diatur dengan kemampuan diri. Bantuan Allah SWT ditagih bagi merialisasikan segala yang dirancang agar dapat di laksanakan dengan makbulNya. InsyaAllah, jika kita yakin dengan Allah, segalanya akan lebih mudah dan boleh membuat keputusan dengan betul. Allah itu MAHA kaya. berdoalah.. berdoalah... dan berdoalah padaNya segala yang dihajati. InsyaAllah, bantuanNya akan sampai. Allahhu akhbar.. Allahhu akhbar.. Allahhu akhbar.. :')

wassalam....


P/S : Rase tadi nak tulis panjang gile.. last2.. ini je yg klua.. huhu :)

Monday, July 2, 2012

Permata yang dicari..


Bismillahirahman nirrohim...

Assalamualaikum ...

Bersyukur kehadrat Ilahi dikurniakan sihat tubuh badan dan masih lagi boleh beribadat dengan sempurna. lame xupdate blog ni. situ bz sini bz, yg byk mengganggu kelangsungan penulisan aku adalah komitmen. 

belajar + pekerjaan + rakan2 + buah hati yang disayangi + keluarga tercinta = Komitmen 

komitmen yg aku harus dipenuhi secara sama rata. xmahu ade yg berkecil hati dan tersisih. hati semua orang kene jage kan. susah senang kite, mereka ni lah yang tolong. Alhamdulillah, aku dikurniakan persekitaran yg sgt comfortable dgn diri ni. ada family yang memahami, ada kawan yang membantu, ada insan yang dikasihi, ada majikan yang give n take. InsyaAllah, aku akn jage hubungan baik dgn mereka dan semua org. bile kite bantu orang, orang suke kt kite sekaligus kite dhormati. Aminn..

pelajaran aku masuk bulan terakhir semester 3. alhamdullah. sedang bertungkus lumus untuk siapkan assignment yg diberi. moga dibantu. satu demi satu sahabat terdekat tumbang di medan pembelajaran. mahu x mahu aku harus habiskan pembelajaran aku dengan segulung ijazah. minta dipermudahkan olehNya.InsyaAllah.

segala puji bagi Allah yang telah membantu aku untuk mengenali si dia dengan lebih dalam. ditakdirkan aku bertemu dengan kedua orang tua buah hati ku pada minggu lalu. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik dilindungi olehNya. tujuan aku adalah nak kenalkan diri pada keluarga si dia. alhamdulillah, dengan izinNya aku diterima oleh kedua orang tua si dia. 

masih terngiang lagi perkataan yang keluar dari mulut bakal bapa mertua. "pak cik xkisah dengan semua perkara, kecuali dua perkata, tidak tinggal solat dan hormat orang tua" insyaAllah, sy akan tunaikan tanggungjawab sy sebagai suami yang bertanggungjawab keatas isterinya. InsyaAllah.

dengan berwakilkan diri sendiri, aku sampaikan hasrat keluarga untuk merisik si dia untuk diri ku. sekali lagi dipermudahkan olehNya. tarikh sudah ditetapkan untuk perjumpaan kedua orang tua aku dengan kedua orang tua si dia. segala urusan akan diatur kelak. langkah demi langkah akan kami harungi bersama. InsyaAllah. jika jodoh kita kuat, kita akan disatukan. Amin ya Robbal Alamin ....

Permata yang dicari telah kutemui...
   

  

Wednesday, March 28, 2012

Sekilas...

Assalamulaikum.....

Lame xupdate. sbln lbih la jgk. bz punye pasal. kdg aku sndiri xfaham ape yg aku bz kan. dating, student life, kawan2, buatkan aku bz. blk kg pun dah 2mggu sekali. xmcm dulu, setiap minggu blk kg. bile ade class, hr tu la aku dating. byk duit klua. tp xkisah lah kan. utk bakal isteri juge. hehe.

kdg2 aku fikir, aku dh byk sgt berubah sejak ada die dlm hidup aku. kalau dulu setiap sudut aku dgn kawan2, house mate. tp skrg aku sgt kurang dgn dieorg. aku takut dieorg anggap aku dah berubah. dulu aku slalu ckp org yg sedang bercouple mcm tu. tp skrg, aku sndiri buat bnde ape yg dieorg buat. klau xjmpe seminggu xboleh. ehmm. lumrah org bercinta kot. sendiri ckp org, sndiri kene blk. hehe.

klau dulu masa2 lapang aku, aku penuhi dgn keinginan kawan2. tgk wayang, p sane, p situ. tp skrg x lagi. kawan di ketepikan. entah. kdg terase jugak aku ni mcm dah sgt berubah. tp, aku akan berusaha utk bersama mereka juga. 2 2 hati kene jaga. hrp dieorg pun ok. takut kehilangan kawan. tanpa dieorg, sape la aku kt KL ni. hrp2, dieorg faham dgn situasi aku skrg.

Si Dia. Alhamdulillah. makin kenal antara satu sama lain. harap2 smpi la kejinjang pelamin. insyaAllah :)

rindu sgt bile jauh dr die. kdg kire2, baru 3 hr xjmpe. tp rase rindu tu meluap2 nk jmpe. huhu. ok, stop cite psl cinta. hehe

masa depan semakin menampakkan laluannya. hala tuju sudah ada, cuma belum di fitrahkan je lagi. insyaAllah, akan diatur dengan penuh teliti lagi. amin :)

belajar pun Alhamdulillah juga. berkat bantuan kawan2 seperjuangan, aku sudah masuk minggu terakhir utk kelas dan 2 minggu lagi akan menghadapi final utk sem 2. oh! baru sem 2 kan. byk lagi sem yg perlu di lalui. InsyaAllah, dgn berkat usaha aku, dan doa rg tersayang, aku akan cuba untuk blajar dan terus belajar sampai mendapat segulung ijazah. InsyaAllah.

hari2 ku berlalu agak bz sejak kebelakangan ini. biarkan masa yg menentukan hala tuju lepas ni.

Ya Allah, bantulah aku untuk membuat keputusan.Amin.............

Linkwithin


F.R.I.E.N.D.S