}

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 26, 2010

PUNCA KEKUATAN MASYARAKAT YAHUDI BERBANDING MASYARAKAT ISLAM

Salam,

Hr ni Mr Zool nk share dgn korg tntang tajuk ni. Jgn ambil mudah dah cube fikirkan..

PUNCA KEKUATAN MASYARAKAT YAHUDI BERBANDING MASYARAKAT ISLAM

Kaum yahudi dikala ini tampak begitu ampuh sehinggakan tiada siapa yang boleh menghalang mereke, persoaalannya mengapa? Dan kenapa pula umat Islam tampak begitu rapuh. Mari kita rungkai berdasarkan fakta.

Jawapan yang paling mudah adalah kaum yahudi ini MENGUTAMAKAN PENDIDIKAN dan hampir kesemua bidang ilmu telah dikuasai oleh kaum yahudi ini walaupun bilangan yahudi ini tidak ramai jika dibandingkan dgn umat islam.

dalam kajian yang dilakukan oleh Shanghai Jiao Tong University berkenaan ranking university terbaik dunia, tiada satu pun university dari negara2 Islam berada dalam 500 teratas ranking tersebut walhal 1.5 billion daripada penduduk dunia adalah umat islam iaitu setiap 5 manusia adalah umat islam.

selain itu, 230 daripada 1juta penduduk adalah ahli sains. Nilai ini sangat sedikit jika dibandingkan Negara Amerika yang mempunyai 4000 ahli sains daripada sejuta penduduk dan di jepun 5000 ahli sains daripada sejuta penduduk. Jurang yang sangat2 ketara.

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan sebaliknya Negara maju memperuntukkan 5.0 peratus KDNK untuk perkara tersebut.

Di Pakistan, contoh sebuah Negara islam hanya mempunyai 23 akhbar harian per seribu rakyatnye manakala 360 akhbar harian bagi Singapura. Di UK, jumlah judul buku per sejuta org ialah 2000 sementara Mesir hanya 20 judul.

Jika KDNK seluruh Negara OIC, kita dapat mengumpul 2 trillion USD, di US sahaja, mereka dapat mengumpul 12 trillion, Diikuti China dgn 8 trillion dan Jepun 3.8 trillion.

Fakta seterusnya, 15 orang daripada 14juta yahudi telah memenangi anugerah Nobel manakala dalam 1.4 billion umat islam, hanya 3 orang sahaja yang pernah memenangi hadiah Nobel tersebut.

Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut dlm majalah The Times sebagai “Manusia paling bijak Abad ini” adalah seorang yahudi. William James Sidis dengan IQ 250-300 dikatakan manusia tercerdik dan die juga seorang yahudi.

Dermawan2 yahudi juga melabur di syarikat tv terkemuka dunia sprt CNN, ABC News, Washington post , The Times, The New York Times. Tidak hairanlah kebenaran dalam islam tidak pernah dipertontonkan dalam siaran2 mereka.

Dengan fakta2 yg diberikan, jelas sesungguhnya umat islam masih lemah dalam serba serbi yang berkaitan dgn pengusaan dunia. oleh yang demikian, diharap umat islam sedar akan ancaman dunia terhadap umat islam jika tidak mampu bersaing.

p/s : Kembali ke pangkal jalan seperti mana Rasulullah menggoncangkan dunia.

No comments:

Linkwithin


F.R.I.E.N.D.S