}

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 14, 2012

Persiapan untuk bernikah

Asslamualaikum...

malam ni aku nak share skit dengan korang sume pasal perkara2 yang wajib dilakukan sebelum akad nikah.

sekarang adalah bulan 11 ( 14Nov 2012), secara generalnya, tinggal 3bulan setengah lagi majlis akad nikah akan berlangsung. sebagai seorang bakal suami, anda haruslah menyediakan perkara2 seperti berikut :-

borang nikah
perancangan tempat tinggal
persiapan majlis
future plan
pembahagian bil
dan sebagainya

kita ambil yang wajib dulu la ye. nak kahwin mst ada SIJIL KURSUS KAHWIN. kalau xde tak boleh kawen. sijil kursus kahwin ni valid sampai bila2. tapi ingat! untuk yang pertama sahaja. klau nak yang kedua kene ambil lagi sekali! dah ade sijil boleh kawen x?

belum boleh lagi. yang kedua kena ada HIV TEST. yang ini penting untuuk memastikan pasangan anda suci lagi murni sebelum kahwin. pasangan juga dapat tahu status pasangan masing2. kalau ade HIV boleh kawen x? jawapannye boleh! cinta itu buta. sakit ape pun orang sanggup kawen. tujuan HIV test ni just nak bagitau pasangan kita sihat atau x. klau ade HIV pun boleh proceed. dengan syarat pasangan masing2 terima seadanya. untuk makluman HIV adalah virus yang melemahkan antibodi badan secara senyap. kita tak rasa sakit pun. tau2 badan lemah je. virus HIV ni la yang akan jadi penyakit AIDS. paham?? aku tau sebab aku dah buat HIV test dan lulus dengan cemerlang! alhamdulillah. btw, HIV test hanya valid selama 6bulan sahaja. kalau lebih kena ulang semula. nasihat dr aku, kalau boleh buat la kt klinik Govt. senang nak laku. pejabat agama hanya nak dari cop klinik kerajaan sahaja. nk buat kt klinik swasta boleh, tapi still kena minta cop dari Dr Klinik Kerajaan jugak. certain case, ade klinik govt yang xnak cop sijil HIV test dari klinik swasta. xpasal2 kene buat balik semula. kan dah susah. so, dah boleh kawen belum?

belum boleh lagi. yang ni step last. sila siapkan BORANG NIKAH LELAKI. 2 saksi borang dan jumpa kadi qariah anda. xde sain die xbley kawen tau. maka berbuat baiklah dengan beliau. ingat! xsemua kadi senang jumpa. maka buatlah appointment dengan die. xde la ke hulu ke hilir cari die xjumpe2. lagi2 dok jauh. xkan nak balik slalu. so, appointment itu penting. 

setelah borang nikah belah laki sudah siap dan complete, maka bolehlah diserahkan borang2 tersebut pada pihak perempuan. sekarang pihak perempuan pula akan melengkapkan BORANG NIKAH PEREMPUAN dengan selengkapnya. masa ni la nak book tarikh nikah dan waktunye. lepas zohor ke, asar, maghrib isyak. jangan subuh dah la. kesian tok kadi. selepas je borang siap, pengantin dah BOLEH KAHWIN!!!! YAHOOOOO!!!!

mudah bukan nak kahwin! orang kite je yang buat susah. nak itu la. ini la. majlis nk yang vogue. xmeletop xkawen. ye la.. kahwin sekali je seumur hidup. dunia dunia. bak kata pepatah melayu, "Biar mati anak, jangan mati adat". selamat berkahwin! 

p/s: nota untuk diri sendiri juga! ^_^

6 comments:

FeeQ said...

wahhhhhhhhh da nak kawen.. serunuk nyer hehehe..

ZoOLhEaLmE said...

serunuk tu serunuk la jugak... cume byk hal lagi nk disiapkan la.. huhu

mimi adimzam said...

pewitt

ZoOLhEaLmE said...

pergh!!

Mlle Mimi said...

skemanya awk

ofiraidris said...

PlayAmo Casino - JT Hub
PlayAmo Casino | 강원도 출장안마 Discover 양주 출장안마 the best Slots, Live Casino and Table Games at JT. Gamble 파주 출장마사지 Online. 부천 출장안마 Get Welcome Package & Free Cash, 순천 출장마사지 No

Linkwithin


F.R.I.E.N.D.S