}

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 31, 2011

Berakhir sudah 2011

Assalamualaikum....


diam xdiam, hari ni hari terakhir dalam kalendar masihi iaitu 31 december 2011. sedar atau tidak, itulah yg harus kite lalui. tahun depan menjelang tiba. perancangan hanya berpaksikan Allah yg esa. kita hanya merancang, Allah yg tentukan.

Alhamdulillah, hampir 2tahun aku bekerja di sebuah syarikat yang ternama di Malaysia. dimana aku juga membesar dengannya. byk yg aku dah belajar ape itu erti kehidupan. suka duka dikongsi bersama.

mencari identiti diri bukan suatu kerja mudah untuk dinilai dari sudut mata. ia perlu didalami hingga ke hati. apa yang aku impikan selama ini untuk sambung belajar telah terkabul. Alhamdulillah. minta dipermudahkan olehNya untuk aku harungi hari2 mendatang dgn penuh ikhlas dan istiqomah.

byk lagi yang aku belum temui. mencari rentak dalam arus usia yg meningkat tinggi. matlamat yg dicari. tercapaikah ia? jika diberi keizinan dan usaha yg berterusan, insyaAllah akan termakbul segala hajat.

2011, titik tolak jatuh bangun seorang hamba yg inginkan kebahagiaan kelak. mengenal erti hidup. mempelajari selok belok liku2 kehidupan. mengenal erti susah dan senang, sebagai persiapan masa mendatang.

usia semakin mencemburui kita, menghaus sisa2 lepas, mencambah usia matang. menerbitkan aura insaniah dalam diri.

tentang kebahagiaan, aku ingin kan seorang wanita yg mampu mengiasiku dikala susah dikala senang dan menerimaku seadanya. mengenali antara satu sama lain, membina sebuah masjid. InsyaAllah, hubungan yang akan terjalin akan disulam dengan keredhaan Allah. mencari permata yang bakal menghiasi takha dihati. InsyaAllah.

Ingat, jgn dibuai mimpi yg xkan menjadi realiti. hidup mesti diteruskan. masalah harus diselesaikan. permulaan harus ditamatkan.

semoga tahun 2011 memberi seribu satu pengalaman yang berharga untuk dibawa ke tahun2 yg berikutnya. usah kenal apa itu putus asa. terus dan terus berusaha untuk menghapai kebahagiaan diDunia dan di Akhirat kelak. InsyaAllah......


2 comments:

mimi adimzam said...

oo00oo..patut la diam2 je ptg tadi..

ZoOLhEaLmE said...

ptg td sebok mengarang lah! hehe

Linkwithin


F.R.I.E.N.D.S