}

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 16, 2010

PEMBUKAAN KOTA BAITUL MAQDIS


PEMBUKAAN KOTA BAITUL MAQDIS
 
Peristiwa itu terjadi pada tahun 15 hijrah bersamaan 636 masihi, bila mana pasukan2 tentera di bawah panglima perang masing2 yg terkenal seperti Khalid ibn walid, Ubaidah, Amru Ibn Ash, Syarahbil Ibn Hasanah, Ikrimah Ibn Abi Jahl, Yazid Ibn Abi Sufyan, Mu`awiyah Ibn Abi Sufyan, Qa`qa` dan lain2 berjaya membebaskan daerah2 penting di Syam (Kini Palestine, Jordan dan Syria) yang diduduki oleh pasukan2 Romawi Byzantium.
Ketika itu pasukan Islam di sebelah selatan dipimpin oleh Amru Ibn Ash dan Syarahbil Ibn Hasanah masih tetap mengepung Jerusalem dari setiap penjuru, terutamanya dari arah laut tengah. Pasukan islam diperkuatkan lagi oleh beberapa bantuan dari madinah, antara lain pasukan yang dipimpin oleh Mu`awiyah Ibn Abi Sufyan. Hasil daripada kepungan yang berlangsung lebih empat bulan itu, Rom Byzantium yang berada dalam kota Jerusalem menyerah kalah dan penduduk Iliya` (Nama Jerusalem ketika itu) yang dipimpin oleh tokoh agama Kristian Patriarch Shafarniyus ingin pengadakan perjanjian damai dengan pemerintah islam. Seperti daerah2 lainnya yang sudah dibebaskan sebelumnya.

PEMERINTAHAN PENDUDUK JERUSALEM
Berbeza dengan perjanjian2 damai yang dibuat sebelumnya yang mana ianya cukup lengkap dengan panglima2 perang dibahagian masing2, penduduk Jerusalem dibawah pimpinan Patriarch Shafarniyus ingin mebuat perjanjian terus dengan Khalifah Umar Ibn Al-Khattab r.a dan memohon kehadiran khalifah yang terkenal adil dan bijaksana itu ke Jerusalem untuk menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi. Perjanjian damai itu telah dilakukan di suatu tempat yg disebut “Jabiyah“ yang terletak diutara Yarmuk iaitu kira2 200km dari Jerusalem.

KEBERANGKATAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB R.A. KE JERUSALEM
Setelah mendapat sokongan dari para sahabat di Madinah, Khalifah Umar Al-khattab berangkat bersama2 dengan sebuah pasukan yang akan dibantu disebelah dibahagian sebelah selatan menuju Jabiyah. Sebagai pengganti khalifah dimadinah, makan dilantik Saidina Ali r.a yang ketika itu banyak memberikan saranan2 positif diatas keberangkatan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. memenuhi permintaan penduduk Jerusalem untuk hadir dibaitul Maqdis.
Setelah sampai di Jabiyah, Khalifah Umar r.a. telah disambut oleh panglima2 perangnya dengan berpakaian mewah hasil rampasan dari pasukan Romawi Byzantium yang telah dikalahkan. Melihat penampilan para panglimanya yang sebegitu rupa, Khalifah Umar r.a. tidak langsung menunjukkan kegembiraan, sebaliknya raut wajahnya jelas kelihatan yang beliau amat marah. Khalifah Umar menyangka bahawa pasukannya telah terpedaya oleh kemewahan dunia seperti yang telah berlaku kepada pasukan Romawi, tetapi setelah mereka perjelaskan kepada khalifah bahawa yang dipakai itu ialah sejenis senjata perang (kelengkapan perang), barulah wajah beliau berubah bangga.

TERMENTERAINYA PERUNDINGAN DAMAI ANTARA PATRIARCH SHAFARNIYUS DENGAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Tidak berapa lama berada di Jabiyah, dating beberapa orang pegawai tinggi utusan Patriarch ke Jerusalem untuk melaksanakan perjanjian damai yang mereka usulkan kepada Khalifah Umar r.a. pegawai tersebut disambut dengan baik dan berlakulah upacara menandatangani perjanjian tersebut yang disaksikan oleh panglima2 perang islam, baik dari sebelah utara mahupun selatan.
Iliya` adalah nama yang mahsyur bagi Jerusalem ketika itu. Setelah selesai upacara menandatangani perjanjian damai, Khalifah Umar r.a. dengan disertai dua panglima iaitu Syurahbil dan Amru al-Ash berangkat menuju Baitul Maqdis untuk memenuhi undangan Patriarch dan menerima penyerahan kunci Kota Suci Jerusalem. Lebih penting daripada itu bagi Khalifah Umar r.a. ialah melakukan ziarah ke masjid Al-Aqsa seperti yang dianjurkan oleh nabi Muhammad s.a.w


Dipetik dari buku "PALESTINE TAK PERNAH GENTAR"

p/s : sharing is caring

No comments:

Linkwithin