}

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, October 20, 2010

Sekolah Mengandung ... wajarkah ?

Salam ...

Kali ni mr zool nk bincang tntg satu tajuk yg agk ringan tetapi membawa impak yg besar dlm masyarat kite .. mungkin hal ini kini dipandang sepi oleh sesetengah pihak .. tetapi tidak pada saya .. jom ikuti pendapat dan pandangan disamping sedikit ulasan mengenai tajuk “sekolah mengandung .. wajarkah? ..”
Mr Blog : cewah .. ayat skema la ...
Mr Zul : Ni isu semasa .. kene la serious skit .. gelak2 nnt org ckp kite main2 .. phm!
Mr Blog : ups! .. paham .. :((




Dikala negara mencari2 penyelesaian bagi isu buang bayi yg semakin menjadi, kerajaan negeri xxxxxx telah mengusulkan sekolah mengandung bertujuan utk menempatkan pelajar2 yg sudah terlanjur dan didapati mengandung. Dengan adanya sekolah berkenaan, dapatlah kiranya pelajar tersebut meneruskan lagi pengajian sehingga SPM ..

sesetengah pendapat mengatakan sekolah ini menjadi salah satu option yg dimiliki bagi pelajar tersebut utk masa depan .. berkemungkinan juga kadar pembuangan bayi dapat dikurangkan dari masa ke semasa .. tapi .. persoalannya .. benarkah cara ini berkesan ..
dari sudut pelajar, mahukah mereke membuka pekung didada utk memasuki sekolah tersebut? Rela membuang bayi atau mendedahkan keaiban diri? Berapa rmi kah pelajar yg snggup masuk ke sekolah tersebut? Bagaimana pula penerimaan ibu bapa? Kini, kerajaan telah memberi pilihan .. apepon, Semua terletak ditangan pelajar tersebut ..

Dari sudut agama pula, dalam islam menerangkan hukum orang yang berzina bagi yang berkahwin direjam sampai mati dan bagi yg bujang pula, disebat 80x. Dalam islam juga menekankan “mencegah lebih baik dari pada merawat” .. huraian ayat tersebut lebih kepada punca kelakuan sumbang itu sendiri perlu dicegah daripada mengurangkan kadar buang bayi. Kenapakah penguat kuasaan lebih kepada merawat dan bukan membendung?

Sebagai contoh yang paling mudah, sambutan tahun baru, dan tanggal 31 ogos .. banyak hotel2 murah dijadikan tempat melepas nafsu dan sebagainya .. brape byk pasangan yg melakukan pada malam tersebut.

Jika malam2 tersebut kita tukar dengan majlis2 ilmu dan tiada konsert2 yg melalaikan .. kadar remaja keluar malam akan berkurangan .. sedarkah kita .. brape rmi bayi yg kite boleh selamatkan dlm 1 malam sahaja? Itulah langkah yang terbaik dan cukup mudah untuk dilaksanakan.
Jadi, mana lebih baik ... MERAWAT atau MENCEGAH?

Disinilah pro dan kontra timbul dimana perbezaan yang terlalu ketara dimana islam menghukum manakala undang2 lebih kepada memberi ruang dan peluang .. dari segi kemanusiaan, adakah islam itu kejam? Atau kerajaan yang prihatin? ...

Kini terpulanglah pada kita memilih perikemanusiaan yang bagaimana untuk dijadikan contoh dalam kehidupan seharian ..

Tepuk dada .. tanya hati .. dimanakah kita sekarang ....................



p/s : " ISLAM IS THE BEST WAY OF LIFE "

No comments:

Linkwithin


F.R.I.E.N.D.S