}

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 2, 2012

Permata yang dicari..


Bismillahirahman nirrohim...

Assalamualaikum ...

Bersyukur kehadrat Ilahi dikurniakan sihat tubuh badan dan masih lagi boleh beribadat dengan sempurna. lame xupdate blog ni. situ bz sini bz, yg byk mengganggu kelangsungan penulisan aku adalah komitmen. 

belajar + pekerjaan + rakan2 + buah hati yang disayangi + keluarga tercinta = Komitmen 

komitmen yg aku harus dipenuhi secara sama rata. xmahu ade yg berkecil hati dan tersisih. hati semua orang kene jage kan. susah senang kite, mereka ni lah yang tolong. Alhamdulillah, aku dikurniakan persekitaran yg sgt comfortable dgn diri ni. ada family yang memahami, ada kawan yang membantu, ada insan yang dikasihi, ada majikan yang give n take. InsyaAllah, aku akn jage hubungan baik dgn mereka dan semua org. bile kite bantu orang, orang suke kt kite sekaligus kite dhormati. Aminn..

pelajaran aku masuk bulan terakhir semester 3. alhamdullah. sedang bertungkus lumus untuk siapkan assignment yg diberi. moga dibantu. satu demi satu sahabat terdekat tumbang di medan pembelajaran. mahu x mahu aku harus habiskan pembelajaran aku dengan segulung ijazah. minta dipermudahkan olehNya.InsyaAllah.

segala puji bagi Allah yang telah membantu aku untuk mengenali si dia dengan lebih dalam. ditakdirkan aku bertemu dengan kedua orang tua buah hati ku pada minggu lalu. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik dilindungi olehNya. tujuan aku adalah nak kenalkan diri pada keluarga si dia. alhamdulillah, dengan izinNya aku diterima oleh kedua orang tua si dia. 

masih terngiang lagi perkataan yang keluar dari mulut bakal bapa mertua. "pak cik xkisah dengan semua perkara, kecuali dua perkata, tidak tinggal solat dan hormat orang tua" insyaAllah, sy akan tunaikan tanggungjawab sy sebagai suami yang bertanggungjawab keatas isterinya. InsyaAllah.

dengan berwakilkan diri sendiri, aku sampaikan hasrat keluarga untuk merisik si dia untuk diri ku. sekali lagi dipermudahkan olehNya. tarikh sudah ditetapkan untuk perjumpaan kedua orang tua aku dengan kedua orang tua si dia. segala urusan akan diatur kelak. langkah demi langkah akan kami harungi bersama. InsyaAllah. jika jodoh kita kuat, kita akan disatukan. Amin ya Robbal Alamin ....

Permata yang dicari telah kutemui...
   

  

2 comments:

mimi adimzam said...

pewitt..sape la yang bertuah tu ek..hehe

ZoOLhEaLmE said...

biarlah rahsie ... untung betul la budak tu kan .. ;P

Linkwithin


F.R.I.E.N.D.S