}

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 18, 2010

PEMBEBASAN BAITUL MAQDIS

PEMBEBASAN BAITUL MAQDIS

Khalifah umar r.a. melakukan solat 2 rakaat, tanda bersyukur atas nikmat besar yang telah dikurniakan Allah SWT kepada umat islam, iaitu Berjaya membebaskan baitul maqdis, tempat Isra` Mi`raj Rasulullah SAW, masjid al-Aqsa yang merupakan satu antara tiga masjid yang dianjurkan oleh Allah SWT untuk diziarahi. Rasulullah SAW tidakpernah dating lagi ke masjid al-Aqsa selepas peristiwa Isra` Mi`raj. Begitu juga khalifah abu bakar r.a., di mana pada masa beliau menjadi khalifah, tidak tercapai membebaskan dan melihat kota suci ini. Khalifah Umar sangat beruntung kerana menyaksikan pembebasan kota Baitul Maqdis.


BAITUL MAQDIS TEMPAT BERLAKUNYA BANYAK SEJARAH ISLAM

Pada hari ke dua, kunjungan khalifah Umar r.a., Patriarch Syarafniyus mengajak beliau berjalan-jalan disekeliling kota untuk melihat2 tempat-tempat bersejarah, tempat2 suci dan tempat2 orang kristian melakukan ziarah haji.

Disinilah Nabi Musa a.s. serta pengikutnya bani Israel tinggal setelah keluar dari mesir dan disini juga pernah berlaku cubaan menyalib nabi Isa a.s. yang kemudian didirikan gereja al-Qiyamah. Di baitul  maqdis terdapat mihrab Nabi Daud a.s. dan Batu Nabi Ya`akub a.s., tempat Rasulullah SAW melalui Mi`raj menurut beberapa riwayat.

Sebahagian besar daripada tempat2 bersejarah ini dibangunkan atas runtuhan atau bekas bangunan tempat2 ibadah watsanit penyembah berhala di zaman Romawi pertama, Babylonia dan zaman Pharaoh di mesir. Kesemuanya ini telah diceritakan oleh Patriarch Jerusalem kepada Khalifah Umar r.a..


SEBAB KEENGGANAN KHALIFAH UMAR R.A. MENGERJAKAN SOLAT DI GEREJA AL-QIYAMAH DAN GEREJA CONSTANTINE

Ketika masuk waktu asar, Patriarch mempersilakan khalifah Umar r.a. untuk menunaikan solat di gereja al-Qiyamah, tetapi khalifah Umar menolaknya kerana bimbang tempat itu akan diubah menjadi masjid dengan alas an bahawa beliau sudah pernah melakukan solat di situ. Begitu juga, khalifah Umar r.a. menolak melakukan solat digereja  Constantine yang letaknya tidak jauh dari gereja al-Qiyamah.

Dengan berpandukan petunjuk dan isyarat yang pernah diberikan oleh Rasulullah SAW mengenai Baitul Maqdis dan tempat baginda mengerjakan solat ketika itu (Isra` Mi`raj), khalifah Umar r.a. pergi ke tempat lain iaitu kira2 500meter dari gereja al-Qiyamah dan beliau sampai disuatu tempat dekat satu bongkah batu besar (Shakhrah) dan disanalah beliau dan rombongannya mengerjakan solat.

dipetik dari buku : PALESTINE TAK PERNAH GENTAR

No comments:

Linkwithin


F.R.I.E.N.D.S